.breadcrumbs{padding:0px 5px 5px 0;margin-bottom:20px;margin-top:0px;font-size:11px;color:#ff0000;border-bottom:1px dotted #bbb;} -->
Home » , » Peraturan siaran iklan TV akan dimantapkan

Peraturan siaran iklan TV akan dimantapkan

Di gosipkan oleh Unknown on Friday 14 December 2012 | 15:32



KUALA LUMPUR 13 Dis. - Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sedang dalam proses memantapkan peraturan sedia ada untuk memantau penyiaran iklan di televisyen dengan lebih berkesan.
Timbalan Menterinya, Datuk Joseph Salang berkata pada masa ini peraturan supaya semua iklan yang ingin disiarkan di televisyen tempatan perlu mempunyai sijil perakuan, masih diguna pakai.
"Garis panduan perakuan filem iklan buatan Malaysia masih menetapkan bahawa setiap iklan perlu ada Sijil Akuan Iklan Buatan Malaysia (Sijil MIM).
"Sijil ini hanya dikeluarkan untuk iklan yang diterbitkan oleh penerbit iklan tempatan sahaja. Iklan buatan luar pula boleh digunakan sebagai foreign footage (kakian asing) dengan tidak lebih 30 peratus (dalam iklan yang ingin disiarkan)," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 di Dewan Negara hari ini. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : About Me |
Copyright © 2013. GOSIP ARTIS, GAMBAR ARTIS, VIDEO ARTIS DAN HIBURAN. - All Rights Reserved
Template Created by Careeron9 Published by ejawatan
Proudly powered by Blogger