Alhamdulillah..akhirnya tuhan telah pintu hati penyanyi 90-an yang terkenal dengan lagu 'Setia Kasih',
Haleeda Mazlin
kini muncul dengan imej berhijab selepas lama menyepi sejak kali
terakhir muncul dengan drama 'Kecuali Cintamu' pada 2009 untuk saluran
Astro. Sejak akhir-akhir ini OGA tengok dah ramai artis yang tidak bertudung mengenakan tudung sekarang ni. OGA rasa ni merupakan perkembangan yang positif untuk industri dunia artis di negara kita. Jangan ingat kita bertudung ni rezeki tak de. Buktinya ramai sekarang ni artis yang bertudung mendapat tawaran yang mencurah-curahkan. Tak gitu?
“Sebenarnya niat berhijrah ini dah lama, tapi lebih menguatkan lagi
adalah masa arwah mak saya tengah sakit tenat. Masa itu terdetik nak
berubah sebab saya rasa kita perlu cari ketenangan dalam hidup ini.
“Ini baru hijrah kecil sahaja, maksudnya saya baru belajar berubah dari
segi penampilan. Kalau nak berhijrah ini, sikap pun kita kena ubah
sekali, oleh itu orang paling dekat dan sering memberikan nasihat adalah
ayah saya sendiri.
“Kalau nak dikira, hijrah ini bukanlah suatu perkara besar untuk
diraikan, lagipun saya pun masih lagi belajar," ujar Haleeda memetik
laporan OhBulan!
|
Haleeda Mazlin |
Bercerita mengenai perjalanan seninya, Haleeda bakal muncul dengan
drama terbaru berjudul 'Bangkitnya Seorang Perempuan' yang bakal menemui
penonton pada 13 Mac ini menerusi slot Samarinda.
0 comments:
Post a Comment